[Order Set Online] [Pengasas DoktorJawi] [Bengkel]
[Testimoni] [Hubungi Kami] [Set Lengkap Doktor Jawi]

Dulu kini dan selamanya
Ramai yang tidak sedar bahawa jawi adalah
identiti orang Melayu tapi telah disia-siakan. Hari ini tidak ramai dari
kalangan kita yang boleh baca jawi. Semua bangsa di dunia ini sayang kepada warisannya. Cuma kita yang
telah secara sedar atau tidak sedar membuang warisan sendiri. Kini masa untuk bangkit kembali.........
Memperkenalkan 2 produk terbaru Doktor Jawi yang pasti memikat hati anda....
| Set Lengkap Doktor Jawi |
 |
Pakej Online Doktor Jawi |
 |
|

|
Untuk pasaran Malaysia
Dalam bentuk hard-copy
Hantaran pos express
Sampai dalam 2-3 hari
Buku, Manual, Formula, CD dan VCD
|
|
Pasaran seluruh dunia
Dalam bentuk Soft-copy
Hantaran melalui email
Login laman download
Buku (pdf) dan 31video klip |
 |
 |
 |
Kegunaan
Set Lengkap Doktor Jawi adalah untuk Warga Malaysia sahaja. |
|
Kegunaan
Pakej Online Doktor Jawi adalah sesuai untuk semua. Warga Malaysia, ASEAN dan seluruh dunia. |
| Read More |
|
Read More |
Pilihan Pertama
Set Lengkap Doktor Jawi
Pilihan yang sentiasa terbaik... |
Apakah Set Lengkap Doktor Jawi

Set Lengkap Doktor Jawi
Pilihan terbaik masa kini.
(5 dalam 1)
Set Lengkap Doktor Jawi ialah satu set lengkap pembelajaran jawi 5 dalam 1. Ia adalah produk paling ekonomi menjamin
"lebih nilai untuk wang anda".
Produk ini mengandungi:
|
1. Buku Doktor Jawi (bahan utama) |
|
2. CD Authorware belajar jawi |
|
3. VCD/DVD Doktor Jawi |
| 4. Buku panduan Doktor Jawi |
| 5. Formula Sambungan |
Item 1: Buku Doktor Jawi

Buku
Doktor Jawi adalah merupakan bahan asas dalam pakej ini. Buku yang mula
dikarang pada tahun 1999 ini sudah dicetak sebanyak 8 kali dan menjadi
pilihan utama bagi mereka yang mementingkan pembelajaran jawi yang cepat, comprehensiff, inovatif dan berkesan.
Buku
ini mengandungi 4 bab. Bab yang pertama ialah asas jawi di mana anda
akan dibimbing untuk mengenal perkara asas yang akan menolong anda
membina sukukata. Bab kedua memokus kepada aktiviti membina
sukukata daripada 2 huruf sehinggalah kepada 5 huruf.
Bab
ketiga pula mengemaskini perkataan yang sudah dibina melalui 10 kaedah
yang terkini. Sementara bab 4 pula ialah aktiviti membina ayat dan
perenggan.
Belum ada sebuah buku jawi yang merangkumi dari
aspek asas sehinggalah kepada aspek ayat secara lengkap. Yang ada
adalah mengajar mengenal huruf dan nama binatang itu saja. Yang lain
dipelajari di sekolah. Tetapi Doktor Jawi menghidangkan pembelajaran
lengkap dalam sebuah buku. Tentunya anda akan teruja apabila
memilikinya.
Item 2: CD Autorun Doktor Jawi

Bersama-sama
buku Doktor Jawi kami bekalkan CD autorun yang menjadi penguat kepada
buku tersebut. Kami mula melancarkan buku Doktor Jawi pada tahun 1999.
Setelah bergerak dengan buku Doktor Jawi selama 4 tahun dalam bentuk
bengkel dan ceramah maka kami mula mengeluarkan CD autorware sebagai
pelengkap kepada buku tersebut. CD ini sesuai untuk semua golongan
masyarakat.
Item 3: VCD/DVD Doktor Jawi

Suatu
penghasilan bahan setelah melalui tahap ujikaji bahan yang tinggi. VCD
ini boleh digunakan pada vcd player dan juga dvd player. Bagi mereka
yang tidak suka menggunakan CD autorun mereka mempunyai pilIhan
untuk menggunakan VCD ini yang menggambarkan dengan jelas kaedah
penguasaan Doktor Jawi melalui bab-bab yang sebagaimana yang
dijelaskan. Amat sesuai untuk kanak-kanak sekolah rendah dan
menengah rendah.
Item 4: Panduan Penggunaan Doktor Jawi

Manual
book atau panduan kepenggunaan Doktor Jawi ialah kunci kepada kejayaan
belajar jawi cara cepat kaedah Doktor Jawi dari awal hingga akhir untuk
mengetahui jalan dan bentuk kaedah yang diajarkan. Tentu sekali anda
akan mengambil sedikit masa untuk memahaminya. Tetapi dengan manual
book Doktor Jawi anda akan dapat mengetahui cerita sebenar dalam masa
hanya beberapa minit sahaja.
Hampir semua penghasilan yang
besar mempunyai manual booknya yang tersendiri. Justeru itu ia mesti
dimiliki oleh para ibubapa, guru sekolah, kelas fardhu ain dan semua
mereka yang ingin mengetahui rahsia Doktor Jawi dalam masa yang
singkat.
Item 5: Formula Sambungan

Formula
Sambungan Huruf Doktor Jawi adalah suatu formula sambungan huruf yang
hebat. Mengapa tidak dengan menggunakan formula ini dalam masa
hanya beberapa minit saja anda akan dapat menyambung huruf-huruf
jawi yang merupakan antara proses yang paling rumit dalam sesi
pembelajaran jawi kerana kebanyakan dari kita tidak dapat menulis jawi
kerana tidak tahu huruf mana yang boleh disambung dan huruf mana yang
tidak boleh disambung.
Secara ringkasnya formula ini memberikan 2 perkara:
i. Kaedah menyambung antara dua huruf jawi
ii. Memberitahu huruf mana yang boleh disambung dan huruf mana yang tidak boleh disambung.
Berapakah yanhg anda perlu bayar untuk mendapatkan produk yang hebat ini......
Ya... anda boleh mendapatkannya
Pada harga yang amat istimewa.........
Ya harga anda ialah:
RM30
Untuk mempecepatkan penghantaran kami hanya gunakan Pos Ekspres. Ya Set Doktor Jawi akan
sampai ke pintu rumah anda dalam sampul pos ekspress "dijamin sampai esok". (Untuk bandar-bandar utama)
Berminat sila klik di bawah ini
Pilihan Kedua
Pakej Doktor Jawi Online
ternyata lebih berkesan
(Portal mempelajari jawi yang pertama seumpamanya di dunia)
Pilihan yang sentiasa terbaik...
|
Apakah Pakej Online Doktor Jawi
Inilah.................
Masa yang terbaik, pelaburan yang terbaik dan kaedah yang terbaik untuk mempelajari jawi online.
Pakej Online Doktor Jawi
Untuk rakyat Malaysia dan seluruh dunia.
Ya Doktor Jawi Online adalah untuk anda di Malaysia dan umat Nusantara
Islam dari rumpun Melayu yang berada di Indonesia, Brunei, Filipina,
Thailand dan Singapura. Juga untuk orang Melayu Malaysia yang
berada nun jauh diperantauan di mana-mana negara di dunia samada sedang
belajar atau sedang bekerja atau bermastautin di sana dan
berminat
mempelajari jawi.

Satu alternatif baru bagi:
Bagi seluruh rakyat Malaysia yang lebih meninati pembelajaran jawi secara online |
Bagi penggemar Doktor Jawi yang berada di luar negara yang selama ini
sentiasa menghubungi dan bertanyakan kaedah terbaik untuk berkongsi
pembelajaran ini. |
Bagi
mereka yang ingin mendengar dari Ustaz Abdul Manan sendiri selaku
pengasas Doktor Jawi, penerangan tentang kaedah doktorjawi secara live. |
Bagi mereka yang sibuk dengan tugasan harian dan tidak berkesempatan menghadiri Seminar Doktor Jawi. |
Penerangan
oleh Doktor Jawi dalam lebih dari 31 video klip adalah bersamanaan
dengan menghadiri seminar pembentangan Kaedah Doktor Jawi. Oleh
itu jangan lepaskan peluang yang amat berharga ini. |
Sesuai dengan perkembangan masa dan zaman maka Doktor Jawi menyediakan satu portal pembelajaran jawi yang dinamik dan terkini.
Pakej Online Doktor Jawi adalah suatu pakej memuatkan segala yang diperlukan untuk menguasai jawi melalui pembelajaran online.
Buat
masa kini banyak permintaan yang kami terima dari orang-orang Islam di
luar negara untuk mempelajari jawi menggunakan Set Lengkap Doktor Jawi.
Untuk menghantar set tersebut ke Amerika misalnya adalah merupakan
suatu pembaziran kerana harga pos adalah lebih mahal dari harga bahan.
Maka di sinilah kami rasakan perlu ada pakej online ini.
| Sebenarnya
jika dilihat pakej ini akan lebih berkesan kerana ianya memuatkan
sejumlah 31 rakaman klip video oleh Ustaz Abdul Manan Ali sendiri
selaku pengasas Doktor Jawi. Ianya sudah lebih dari mencukupi untuk
seseorang itu menguasasi kaedah tersebut. |
Kami
melihat bahawa ia adalah satu pakej yang mesti dimiliki oleh para
ibubapa, guru-guru, para pelajar dan orang perseorangan yang meminati
kaedah pengajaran terus atau berguru iaitu "musyafahah"

Kelebihan.........
Setengah-setengah laman download yang kami beli dan perhatikan kami dapati bahawa mereka meletakkan beberapa keadaan seperti:
1. Sila download dalam masa 48 jam selepas itu nombor login anda akan dihapuskan.
2. Anda perlu download bonus yang diberikan kerana ianya adalah untuk masa yang terhad sahaja.
Perkara
ini menyebab pembeli berada di dalam keadaan yang serba-salah. Maka
justeru itu kami cuba menyediakan suatu keselesaan kepada pembeli.
Untuk itu kami berusaha supaya:
1. Pembeli berhak diberikan masa sepenuhnya tanpa had dan batasan.
2. Bonus yang diberikan tidak boleh ditarik balik
3. Bahkan laman Doktor Jawi ini akan sentiasa di update dengan berbagai-bagai bahan-bahan yang baru yang lebih menarik.
Ini
bermakna sekali anda membuat bayaran maka login name dan pasword
menjadi milik anda dan anda boleh menggunakan login name tersebut untuk
masuk ke login area tanpa had masa dan boleh mempelajari jawi pada
bila-bila masa saja.
alhamdulillah........
Bayangkan yuran kelas jawi mencecah ratusan ringgit tetapi anda belum pasti akan dapat menguasai jawi dalam masa
6 bulan.
Tetapi dengan hanya sedikit bayaran.......anda akan bakal memiliki laman member area Doktor Jawi yang...
cukup eksklusif.

Kandungan Doktor Jawi Online

Pakej Online Doktor Jawi
mengandungi:

Buku Doktor Jawi dalam bentuk fail pdf yang sudah diulang cetak sebanyak 8 kali
31 video klip pengajaran lengkap kaedah doktorjawi. Klip-klip
ini menyamai apa yang disampai dalam siri ceramah dan bengkel
di seluruh
Malaysia. Ianya amat sesuai untuk pelajar rendah, menengah dan apatah
lagi orang dewasa. Sungguh senang dan pantas. Klip-klip ini
dibahagikan kepada 3 bahagian berdasarkan bab-bab. Anda akan dipandu
sendiri oleh Doktor Jawi dan sudah tentu hasilnya amat memberansangkan.
1. Manual Penggunaan Kaedah Doktor Jawi dalam bentuk fail PDF. Ianya amat sesuai untuk guru, ibubapa serta pengendali kelas atau sesiapa
sahaja yang ingin mengetahui rahsia pengajaran dan pembelajaran
doktorjawi dengan lebih cepat.
2. Dua klip video mengenai skima jawi dalam peperiksaan PMR dan SPM yang amat berguna kepada semua khususnya pelajar PMR dan SPM.
3. Formula sambungan huruf jawi. Untuk menyambung huruf jawi dengan cepat dan berkesan dan
4. Kami bakal memuatkan fail-fail authorware dan flash bagi membantu memudahkan pemahaman.
|
Semua bakal menjadi milik anda setelah menjadi
ahli Portal Doktor Jawi Online
Sila klik di bawah untuk contoh video klip

Terdapat
31 video klip seperti ini dan akan ditambah dari masa ke semasa.
Kami juga akan menambah latihan-latihan dalam bentuk word atau pdfyang
di boleh didownload oleh hanya "download page member"
Anda akan amat berpuas hati setelah memilikinya.

KOS PAKEJ
Berapakah kos pelaburan untuk menjadi member area
untuk laman Doktor Jawi ini.
Harga bagi mempelajari jawi secara online ini adalah tidak ternilai
keraan pandai jawi akan membukakan anda kepada dunia ilmu yang tiadak
had sempadannya.
akan tetapi untuk tempoh masa promosi yang terhad ini kami akan memberikan harga tawaran yang amat teristimewa kepada tuan-puan.
Jadilah ahli untuk laman member area Doktor Jawi dan dapatkan login name dan pasword anda hari ini.
Ya nikmati peluang mempelajari jawi secara online dengan harga serendah....................
RM50.00 sahaja
Ya ...tawaran ini adalah untuk waktu yang terhad sahaja.
Dengan bayaran hanya RM50 anda akan diberikan hak memasuki laman download Doktor Jawi.
Keahlian tidak perlu diperbaharui.....
Memang berbaloi........
Tempahlah sekarang dan nikmat satu suasana baru belajar jawi tanpa gangguan dari sesiapa.
Atau anda boleh mengajak "the whole family" belajar bersama.............
Langganlah sekarang
dan anda boleh mula belajar jawi di ruang tamu, di bilik tidur dan di
mana-mana sahaja. Bahkan anda yang menentukan bila mahu berhenti dan
anda boleh mengulanginya sekali lagi dengan bebasnya.
Klik Di bawah Untuk Order

Pakej Online Doktor Jawi

Pembayaran boleh dibuat melalui May Bank, Bank Islam
secara manual di ATM atau secara online di internet. Selepas bayaran
sila isi borang pengesahan di halaman pembayaran online atau emailkan
bukti pembayaran jika anda membuat bayaran secara manual di ATM. Login
name dan pasword akan di hantar melalui email. Pembayaran melalui kad
kredit boleh dibuat melalui Paypal. Kepada pengguna luar negara boleh
membuat bayaran melalui Paypal.
Seruan untuk orang kite yang berada di luar sana. Samada di Amerika atau Eropah. Di Asia Barat atau Asia Pasifik. Inilah peluang yang dinanti-nantikan selama ini.
Jangan lepaskan peluang ini untuk menguasai jawi.
"Save our generation"
"Save our heritage"
"Together we build the brighter Islam" |
Know more about Doktor Jawi

Al Ustaz Abdul Manan Ali alMerbawi
Pengasas Doktor Jawi Malaysia
Doktor
Jawi diasaskan pada tahun 1999 oleh alUstaz Abdul Manan Ali alMerbawi.
Sejak itu beliau telah bergerak ke serata negara untuk mengadakan
ceramah dan bengkel doktorjawi dalam usaha murni untuk membebaskan umat
Islam Malaysia dari belenggu jahil jawi.
Oleh kerana permintaan dari masyarakat keseluruhannya maka pada awal
tahun 2007 doktorjawi mula dijual di internet. Alhamdulillah sambutan
amat menggalakkan. Apa yang mengkagumkan ialah pembeli bukan sahaja
dari kalangan orang Melayu tetapi juga orang Cina dan India.
Menunjukkan semangat untuk mempelajari jawi sudah mula bersemarak di
bumi Malaysia yang bertuah.
Saya menerima permintaan dari masyarakat Cina di Malaysia dan juga di luar Malaysia.
Begitu juga sambutan dari luar Malaysia. Pelawat-pelawat
www.doktorjawi.com bukan sahaja dari negara-negara ASEAN tetapi hingga
ke benua Eropah, USA, Timur Tengah bahkan boleh dikatakan di
mana-mana sahaja tempat yang terdapatnya orang Islam (Melayu) didunia
ini.
Paling menakjubkan email yang diterima dari seorang berbangsa Cina
yang bermastautin di Kota New York yang meminta agar kami mengusahakan
cara bagaimana ia dapat berkongsi kaedah yang amat baik ini.
AlHamdulillah
dengan lahirnya Pakej Online Doktor Jawi semua masyarakat Islam akan
dapat mempelajari jawi dan menguasainya sepenuhnnya samada sebagai
suatu keperluan dan juga sebagai suatu bahan ilmiah.
Biodata
Ustaz
Abdul Manan Ali AlMerbawi lahir pada tahun 1965 di Kampung Merbau
Patah, Kuala Terengganu dari sebuah keluarga yang miskin. Bapanya
bekerja sebagai tukang kayu dan ibunya seorang suri rumah sepenuh masa.
Beliau adalah anak ke enam dari 11 orang adik beradik.
Mendapat pendidikan awal di Sek. Keb. Wakaf Mempelam Kuala Terengganu.
Kemudian melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Agama Ladang di
pusat Bandaraya Kuala Terengganu. Beliau kemudian terpilih sebagai
jenerasi pelapis pertama untuk memasuki Kolej Ugama Sultan Zainal
Abidin (KUSZA) - pada peringkat awal pengasasannya KUSZA membuat pengambilan tingkatan 4 sebanyak 5 jenerasi. Selepas
menamatkan tingkatan lima di KUSZA beliau telah mendaftarkan diri
untuk memasuki Diploma Pengajian Islam di KUSZA juga.
Setelah menamatkan 3 tahun diploma beliau, oleh kerana mempunyai
kebolehan yang luar biasa dalam Bahasa Inggeris beliau telah ditawarkan
tempat ke Ijazah Guaman di Universiti Islam Antarabangsa. Beliau telah
meneruskan pengajian di sana selama satu semester. Tetapi oleh kerana
minat yang begitu mendalam dalam bahasa Arab apatah lagi keinginan
untuk menjijakkan kaki ke universiti yang tertua di dunia iaitu
Universiti alAzhar, Mesir maka niat asal untuk menjadi peguam terpaksa
di batalkan. Tetapi pengorbanannya tidak sia-sia kerana setelah
menghabiskan pengajiannya di negara Mesir BUMI ANBIYA' maka beliau yang
memang 'orang otak kiri' telah berjaya melahirkan formula pembelajaran
jawi yang kemudiannya di kenali sebagai Doktor Jawi. Beliau
kemudiannya menerima beberapa anugarah antaranya Anugerah Guru Inovatif
Negeri Terengganu. Apabila ditanya beliau menyatakan bahawa
hobinya mencipta kaedah.
Bengkel Dan Ceramah Doktor Jawi
Dengan
kaedah pengajaran yang begitu simple dan bersahaja ianya telah berjaya
memulihkan pelajar dalam tempoh perbengkelan yang paling pantas iaitu
hanya 4 jam.
Doktor Jawi banyak dijalankan dalam bentuk bengkel di sekolah-sekolah
di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Dan hasilnya amat
memuaskan dimana pelajar dapat menguasai jawi dalam masa yang amat
singkat. Bengkel DoktorJawi dimulakan pada jam 8.00 pagi dan berakhir
pada jam 1.00 tengahari.

Gambar-gambar sesi bengkel Doktor Jawi
diseluruh negara

Senarai nama sekolah yang telah mengadakan
bengkel DoktorJawi di seluruh Malaysia:
WILAYAN PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
SM Lelaki Methodist
SM Teknik Cheras Kuala Lumpur
SM Perempuan Convent Bukit Nenas
PAHANG
SMK Lepar Hilir (3x)
SMK Beserah (2x)
SMKA Al Wusto Temerloh (2x)
SMKA Perempuan Pekan
SMK Tanjung Lumpur, Kuantan
SMA Maran
SELANGOR
SMK Wangsa Maju
SMK Seksyen 11, Syah Alam
SMK Selayang, Batu Caves
SM Agama Kajang
KELANTAN
MRSM Kuala Krai
MRSM Pengkalan Cepa
PERAK
STAR Ipoh
SMK Raja Perempuan Kelsom, Kuala Kangsar (2X)
MRSM Pasir Salak
MRSM Taiping
MRSM Grik
SMJK Convent, Ipoh
TERENGGANU
SM Sains, Kuala Terengganu
SMK Sultan Ibrahim Fikri, Kuala Terengganu
SMK Teknik Wakaf Tembusu, Kuala Terengganu
SMK Sultan Mansor, Kuala Terengganu
SMK Padang Negara, Kuala Terengganu
SMK Seri Budiman, Kuala Terengganu
PPD Kemanan (untuk semua guru P.Islam Daerah Kemanan)
SMK Geliga, Kemaman
SMK Kerteh, Kemaman
SMK Ceneh Baru, Kemaman
PPD Marang (untuk semua guru P.Islam Daerah Marang)
SMK Rusila, Marang
SMK Lela Segara, Marang
SMK Bukit Sawa, Marang
SMK Tun Telanai, Marang
SMA Mahmudiah, Kuala Brang
SMK Tengku Intan Zaharah, Kuala Brang
SMK Seri Berang, Kuala Brang
SMK Sultan Omar, Dungun
SMK Sultan Ismail Dungun
KEDAH
SMK Penanti
MRSM PDRM Kulim
SMK Baling
SMK Siong, Baling
MRSM Kubang Pasu
PULAU PINANG
SMK Sungai Acheh
SMK Guar Perahu
SMK Padang Polo
Kompleks Penyayang Pulau Pinang
High School Bukit Mertajam
SMK Telok Kumbar, Bayan lepas
SMS Tun Syed Sahabuddin, Bukit Mertajam
MRSM Transkrian, Nibong Tebal.
SMKA Nibong Tebal
SMK Perempuan ST. Georges
SMK Bukit Jambul
MRSM Balik Pulau
MRSM Kepala Batas
SMK Dato On, Bagan Ajam, Butterworth
JOHOR
MRSM Pontian
MRSM Batu Pahat
MRSM Mersing
SM Teknik Perdagangan Jalan Tun Abdul Razak
SMK Taman Universiti, Skudai
NEGERI SEMBILAN
MRSM Kuala Kelawang (2X)
SMK Tuanku Muhammad Kuala Pilah
MELAKA
SMK Seri Bemban
MRSM Alor Gajah
SMK Munsyi Abdullah
SARAWAK
MRSM Kuching
SMK Petra Jaya, Kuching
SMK Tuanku Abdul Rahman, Kuching
Koleh Datu Patinggi Abang Hj. Abdillah, Kuching
SABAH
SM St. John, Tuaran
SMK Telipok, Telipok
SM Stella Maris, Kota Kinabalu
Jadual Kem Jawi sebagaimana beriikut:
7.30 - 8.00 Pendaftaran Peserta
8.00 - 10.00 Asas Jawi
10.00 - 10.30 Minum pagi
10.30 - 1.00 Kaedah Penulisan Jawi Dan Format Peperiksaan.
Untuk jemputan ceramah dan bengkel jawi
Sila hubungi:
AlUstaz Abdul Manan Ali AlMerbawi
019 954 1846 /
09 631 2282
Dibawah ini sebahagian dari buku
Doktor Jawi

Kepada warga Islam dari rumpun Melayu yang berada di seluruh dunia rebutlah peluang keemasan ini sebelum segala-galanya terlambat.
Setakat
ini Set Doktor Jawi Online
sudah berjaya dijual di seluruh dunia. Ianya bukan sahaja amat
diminati oleh seluruh rakyat Malaysia malah negara-negara jiran seperti
Singapura, Brunei dan Indonesia bukan itu sahaja ia juga di langgan oleh orang kita di Sudan, Jepun, Kota New York dan Afrika.
Anda bila lagi....................
Rebutlah Peluang!!!!!
Rebutlah lima perkara sebelum lupusnya lima perkara:
"Muda kamu sebelum tuamu.
Kaya kamu sebelum miskinmu.
Masa lapang kamu sebelum sibuk kamu.
Sihat sebelum sakit.
Hidup kamu sebelum mati"
Pelajarilah dan kuasailah jawi sebelum segala-galanya terlambat.
Fakta:
| 1. Mereka yang pandai jawi lebih mudah menguasai alQuran |
| 2. Mereka yang pandai jawi lebih dekat kepada agama |
| 3. Jawi adalah tulisan asal orang Melayu Nusantara |
Fakta Tambahan:
| Jawi
adalah merupakan satu bentuk tulisan dan ia adalah salah satu cabang
ilmu. Oleh itu tidak menjadi halangan jika orang yang beragama selain
Islam ingin mempelajari jawi. Bahkan antara pembeli Set Doktor Jawi
adalah orang Cina dan India. |

Kita lihat apa kata mereka.............
|
1. "Alhamdulillah set tersebut telahpun
diterima, tahniah kerana telah menghasilkan satu kaedah yang amat mudah dan
cepat dipelajari berbanding kaedah lama sedia ada. Tahniah atas usaha ini."
Zaiton Salimon
Johor Bahru
2. "Assalamualaikum ustaz,terima kasih. Nampaknya anak-anak saya mudah
dan suka menggunakan cd authorware tu. tahniah, usaha ustaz patut dipuji.Moga dr
jawi terus dpt meningkatkan penguasaan jawi di kalangan ummah.wallahu'alam.
terima kasih. wassalam"
Padli Saed, Ipoh, perak.
3. "Dapat meningkatkan kemahiran saya menulis
dan membaca dalam jawi”
Nor Syahirah binti Mohd Zain
SK Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu
10 tahun.
4. "Kursus ini sangat bagus dan mudah diikuti.
Saya harap kursus ini dapat diteruskan”
Ainul Farhana bt. Hj. Abu Bakar
SK Pusat Chabang Tiga, Kuala Terengganu
11 tahun.
5. "Sangat berguna untuk masa depan”
Syarifah Nurul Shuhada bt. Syed Abd. Rahman
Sk Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu
10 tahun.
6. "Tahniah kerana berjaya mencipta kaedah jawi
mudah. Saya doakan semuga anda terus berjaya”
Ustaz
Alias Endut
SMK Raja Perempuan Kelsom
Kuala Kangsar Perak..
7. "Saya sangat suka belajar kursus jawi ini
kerana ia menyeronokkan hati saya”
Mohd Razif Ramli
SK Bukit Bayas, Kuala Terengganu
10 tahun.
8. "Amat bagus dan banyak memberi kesan kepada
saya. Sekarang saya boleh membaca dan menulis jawi dengan mudah”
Muhamad Azizi Fahmi bin Azmi
SK Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu
9 tahun.
9. "Sangat bagus dan mengagumkan dalam Kaedah Mananiyyah”
Shalizaz Amira binti Sulong
SK Padang Hiliran, Kuala Terengganu
11 tahun.
10. "Sangat bagus bagi saya. Saya sungguh
seronok belajar jawi ini kerana ia membuatkan saya semakin pandai menggunakan
jawi”
Lukman alHakim bin Ismail
SK Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu
11 tahun.
11. ”Saya rasa kursus ini menarik bagi saya
kerana ia mengajar saya secara berkesan. Ia menyeronokkan juga”
Aisyah Nadirah binti Abdullah
SK Kompleks Gong Badak, Kuala Terengganu
9 tahun.
12. ”Sangat menarik dan bagus. sungguh
menyeronokkan dan menghiburkan. Ia juga membuat saya semakin pandai Agama Islam
”
Ahmad Haikal bin Khalid
SK Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu
11 tahun.
13. ”Kaedah yang amat mudah ringkas terutama
bagi orang yang baru mengenal jawi. Cara yang digunakan memudahkan pelajar
baru, membuka minda mereka bahawa jawi itu mudah dan seterusnya dan memberi
mereka dorongan untuk lebih menguasai jawi"
Ustaz
Azwan Abdul Aziz
MRSM Kuching. |
[Hubungi Kami]

DoktorJawi boleh dihubungi di talian:
096312282 / 0199541846 / 0199531846
Email:
doktorjawi@yahoo.com
admin@doktorjawi.com
Ikhlas:
al Ustaz Abdul Manan Ali alMerbawi
BA(Hons) Al Azhar / Dip. Pendidikan UIA
Pengasas kaedah Doktor Jawi Malaysia TM
|