|
Soalan Lazim
Antara soalan-soalan yang lazim ditanya oleh pembaca:
Soalan:
Apakah dia Jawi Online?
Jawapan:
Satu kaedah pembelajaran jawi terbaru yang menggunakan laman web sebagai
perantaraan guru.
Soalan:
Apakah Doktor Jawi?
Jawapan:
Suatu ikon baru pembelajaran jawi yang cuba diketengahkan ke persada ilmu
nusantara.
Soalan:
Berkesankah Doktor Jawi?
Jawapan:
Boleh diukur dengan jumlah buku yang terjual iaitu 25,000 naskhah.
Soalan:
Berapa lama masa yang diambil untuk pandai?
Jawapan:
Berdasarkan rekod semasa mengasaskan kaedah ialah 4 jam. Kerana itu buku
itu diberi nama Doktor jawi : Jawi 4 Jam Kaedah Mananiyyah.
Soalan:
Apakah Kaedah Mananiyyah?
Jawapan:
Dinamakan Jawi Kaedah Mananiyyah kerana mengambil sempena nama pengasasnya
atau orang yang menemui kaedah cepat ini iaitu al Ustaz Abdul Manan Ali
AlMerbawi.
Soalan:
Banyak sudah kaedah yang ada mengapa perlu ada yang baru?
Jawapan:
Ilmu Allah sangat luas, bahkan apa yang diberikan kepada manusia hanyalah
sedikit sahaja. Jadi apa saja cetusan idea yang baik akan diterima sebagai
suatu yang baru dan memeriahkan lagi suasana pembelajaran, khususnya bidang
agama.
Soalan:
Siapa yang sesuai untuk kaedah ini?
Jawapan:
Semua peringkat umur. Tetapi yang paling baik ialah tahap 2 ke atas.
Soalan:
Saya dengar kaedah ni amat bergantung kepada IQ atau kekuatan
minda betulke?
Jawapan:
Ya betul sebagai satu formula ia tidak lagi dari berkaitan dengan minda.
Jika ia tidak berasaskan kekuatan minda maka ia bukan formula. Di Akademi
AlMerbawi pelajar tahun 1 mengalahkan pelajar tahun 4. Dan pelajar yang
baru 2 minggu menndaftar ada yang dapat mengalahkan pelajar yang sudah
2 bulan belajar.
Soalan:
Maaf ya, tapi ada tak yang sampai sudah tak pandai-pandai. Tanya
aje?
Jawapan:
Tak pernah. Semuanya mencatatkan keputusan yang baik diakhir pelajaran.
Tapi pernah sekali ada pelajar yang betul-betul bermasalah kena ulang
sampai m2 sessi. Saya sentiasa berkata kepada pelajar saya sebaik mereka
mendapat buku bahawa "sekarang kamu sudah berada di atas jalan. Diakhir
akhir ini ialah perhentian. Samada kamu sampai cepat atau lambat ke stesen
terpulang kepada kamu. Oleh itu berusahalah. Jadikan kamuu kebanggaan
ibu bapa kamu".
Any information please kindly call:
09 6312282 / 019 9541846

|