Tips:
Bagaimana cara tukar ke window arabic
How to install window arabic


Di bawah saya akan jelaskan tentang tips atau cara-cara untuk install window arabic. Sememangnya ramai yang dah mengetahuinya maka anggaplah saja tips ini sebagai satu ulangkaji.

Sebenarnya window XP adalah window yang canggih kerana ianya sudah mempunyai window arabic di dalamnya. Kalau kita masih ingat tiga empat tahun lepas masa tu kita tengah guna window 98, semua pengguna terpaksa format semula hard disc dan kemudian barulah install window arabic atau dipanggil Window 98 Arabic Enable.

Apakah kegunaan window arabic. Kepada kebanyakan orang tidak ada bezanya samada window arabic ataupun window buka arabic. Tetapi keadaan adalah berbeza kepada sesetengah golongan yang banyak menggunakan tulisan arab dan jawi seperti pengusaha kedai iklan, pendidik, ibubapa, pensyarah universiti dan IPT bahkan pelajar IPT sendiri mereka semua mewakili golongan yang amat memerlukan kepada window arabic.

Dalam banyak keadaan kita terpaksa membawa komputer ke kedai komputer dan kita akan dikenakan caj. InsyaAllah saya akan cuba memberikan gambaran sejelas mungkin supaya selepas membaca penerangan yang saya berikan, anda terus dapat melaksanakannya.

Soalan:
Sebelum itu satu soalan lagi timbul iaitu adakah jika kita menukar window kepada arabic maka semua aplikasi dalam komputer akan bertukar kepada arabic.

Jawapan:
Jawapannya tidak. Sebenarnya begini. Kawan saya sudah melaluinya. Ianya berlaku dalam dua keadaan. Pertama jika anda menukar kepada window arabic dan hanya memasukkan beberapa huruf jawi (font jawi) sahaja maka tidak ada apa-apa perubahan yang akan berlaku.Tetapi jika anda memasukkan semua senarai font arab yang selalunya anda dapat dari beberapa "outlets" ke dalam folder font maka memang semua sistem akan berubah. Semua sistem nombor dalam komputer anda akan berubah kepada nombor arab. Yang parahnya ialah nombor dalam program exel pun berubah.

Jadi apa yang akan kita lakukan hanyalah menukarkan window kepada arab dan memasukkan satu atau dua font jawi ke dalam folder font. InsyaAllah proses ini tidak akan mengubah apa-apa.

Peringatan:
Sebenarnya sebarang perubahan kepada sistem komputer anda dapat anda baiki semula tanpa format. Ramai dari kalangan kita kalau tersalah download sesuatu "shareware" dari internet dan setelah komputer menjadi slow mereka akan terus hantar komputer untuk format.

Langkah yang perlu diambil sebenarnyna hanyalah undurkan semula sistem komputer anda. Bagaimana cara nya?.

Sila ikut langkah berikut:
1. Tekan start
2. Pilih programs
3. Pilih accessories
4. Pilih system tools
5. Pilih system restore dan anda akan lihat paparan seperti ini............

Sekarang anda boleh pilih untuk restore system anda kepada mana-mana tarikh yang anda suka. Pilih satu tarikh yang baik iaitu sebelum komputer anda mengalami kerosakan. Kemudian tunggulah ia akan membaik pulih system komputer anda. Kemudian restart dan akhirnya selepas mungkin 20 ke 30 minit (bergantung kepada kekuatan ram anda) komputer anda akan baik seperti sediakala.


Tukar ke window arabic

Sebelum operasi ini dijalankan adalah lebih baik anda muat turun huruf jawi (font jawi) kerana font ini kita akan letakkan ke dalam folder font.

muat turun font jawi biasa

Sekarang kita aka lihat step by step cara tukar window kepada arabic.

Langkah 1: Pilih start
Langkah 2: Pilih settings
Langkah 3: Pilih control panel
Langkah 4: Double klik pada Regional and language options
Langkah 5: Klik pada languages dan anda akan dapat melihat paparan ini................

Langkah 6: Klik pada petak yang pertama. Selepas itu akan keluar kotak dialog meminta anda memasukkan CD Window XP ke dalam pemacu cakera.
Langkah 7: Masukkan CD Window XP ke dalam pemacu cakera dan system akan mengesan sendiri fail yang diminta tadi. Selepas semua proses ini berlaku akan dapat melilhat simbol EN untuk bahasa Ingeris dan AR untuk bahasa Arab seperti di bawah ini.

Langkah 8: Copy font jawi yang anda download tadi dan lakukan proses memasukkan font ke dalam folder font sebagaimana yang telah diterangkan dalam link "muat turun bahan".

Langkah 9: Buka satu fail word. Pilih AR dan untuk font pilih Jawi Biasa.

Selamat mencuba...

 
       
 

Any information please kindly call:

09 6312282 / 019 9361846